Ahad, 26 Jun 2011

"If I Fail, I Will Try Again and Again"

Assalammualaikum dan Salam Ceria Semua,


Disini, saya ingin berkongsi video yang membuatkan saya untuk cekal dalam menempuh dugaan hidup.


Sesungguhnya kita manusia biasa yang kadang mudah berputus asa, namun kita seharusnya bersyukur kpd Allah s.w.t kerana memberi kita peluang untuk menikmati kehidupan ini.


Saksikanlah video ini...
"If I Fail, I Will Try Again and Again"
Knowing is not enough; we must apply.Willing is not enough; we must do.
(Johann Wolfgang von Goethe) 
InsyaAllah, dengan berkat doa, usaha, dan tawakal, kita dapat mencapai kejayaan yang diberkatiNya.


Amiin..

Sabtu, 25 Jun 2011

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN BLOG

Assalammualaikum dan Salam Ceria Semua,

Disini, saya ingin berkongsi beberapa langkah mudah untuk seseorang menghasilkan blog.
Langkah-langkahnya ialah:

1. Daftar Akaun Gmail

2. Daftar Masuk Blogspot
  • www.blogger.com
  • Klik Butang "Get Started" bersebelahan "Create a blog. It's free"

3. Isi Maklumat Mengenai Blog Anda


4. Paparan Blog Anda Telah Berjaya Dihasilkan


5. Mulakan Menata-rias Blog Anda
  • Klik Butang "Design"
  • Klik "Save"
  • Klik "View Blog"


6. Mulakan Penulisan Artikel
  • Klik Butang "Posting"
  • Mulakan Mengarang
  • Klik Butang "SAVE NOW"
  • Klik Butang "PREVIEW" untuk mengimbas kandungan artikel sebelum disiarkan kepada umum
  • Klik Butang "PUBLISH POST" setelah selesai mengarang



7. Karya/Artikel Terpapar


SELESAI!! MUDAH, CEPAT, DAN EFISIEN. SELAMAT MENCUBA DAN HASILKAN KARYA BLOG YANG BERMANFAAT UNTUK KECEMERLANGAN AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA ;)

Ahad, 12 Jun 2011

KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN


1. Memberi bantuan klinikal
Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.

2. Merancang pengajaran
Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.

3. Melaksanakan pengajaran
Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.

4. Pengurusan bilik darjah
Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.

5. Memantau kemajuan
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.

6. Menyayangi pelajar
Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.